Selasa, 18 Oktober 2011

* Yuran 'Wakalah' adalah yuran yang dikenakan oleh pengendali Takaful (MTA) sebagai ejen kepada peserta untuk mengendalikan segala urusan berkaitan perniagaan Takaful** PIA(Participant Investment Account) ataupun dalam Bahasa Malaysia ialah 'Akaun Pelaburan Peserta' yang mana merupakan dana simpanan dan pelaburan peserta. Ini adalah jumlah yang ingin anda ketahui setelah polisi Takaful anda matang pada tempoh tertentu.

KAD PERUBATAN DAN PLAN SIMPANAN

1) Kad Perubatan Takaful (Takaful Medical Card) Kad perubatan telahpun menjadi sesuatu perkara wajib bagi penduduk-penduduk negara maju kerana kos perubatan yang tinggi dinegara mereka seperti Singapura, Amerika dan juga Jepun. Akan tetapi selaras dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan di Malaysia dengan tumbuhnya hospital pakar swasta berkelas dunia seperti Klinik Pakar Johor(KPJ Healthcare), Pantai Medical, Sime Darby Medical serta Columbia Asia di negara kita telah menarik minat sebilangan rakyat golongan menengah untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik berbanding hospital kerajaan.

2) Plan Simpanan & Pelaburan (Saving & Investment)Jika dahulu, ramai antara kita tidak tertarik langsung dengan insurans kerana merasakan ianya satu pembaziran kerana wang premium yang dibayar akan lesap begitu sahaja jika tiada apa-apa musibah yang melanda. Akan tetapi sekarang ini pihak syarikat insurans juga menawarkan plan Takaful sebagai suatu jenis produk simpanan dan juga pelaburan. Pihak syarikat cuma akan mengenakan fee sehingga tahun ke-6 sahaja dan sumbangan peserta bermula dari tahun ke-7 adalah 100% akan masuk ke dalam Akaun Peserta(AP) sedangkan perlindungan kepada peserta masih berterusan. Jadi ianya seperti anda menyimpan setiap bulan duit ke dalam akaun bank akan tetapi pada masa yang sama anda memiliki perlindungan jika sesuatu terjadi kepada anda, bukankah ianya sesuatu yang menguntungkan? Kita tidak lagi perlu risau apa yang akan terjadi kepada waris(isteri/suami/anak-anak) seandainya sesuatu menimpa kita. Tidak perlulah mereka meminta-minta daripada sanak saudara.

Kenapa Takaful

Tujuan mempunyai Takaful Keluarga adalah untuk memastikan orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap diri anda. Oleh itu, anda seharusnya memastikan mereka yang tersayang memperolehi DANA tersebut dengan cepat. Sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagih dengan cepat tanpa perlu mendapatkan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Janganlah beranggapan bahawa jika anda telah tiada didunia ini maka tanggungjawab anda telahpun selesai. Bagaimana pula dengan waris2 anda yang masih hidup di dunia ini? Bagaimana pula jika anda mengalami keilatan kekal dan tidak mampu untuk bekerja dan bergerak? Bagaimana jika keluarga anda menyisihkan anda? Renung2kanlah. Jangan berganggapan ianya tidak akan terjadi kepada anda. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:1) Sihat sebelum sakit - kelau kena penyakit kritikal perlu tinggal di wad dan menjalani pelbagai rawatan, nak pergi kerja pun dah tak boleh. Nak dapat sumber pendapatan dari mana? Mungkin ada yang kata tinggal di hospital kerajaan boleh, tiada masalah. Itu mungkin betul untuk penyakit2 ringan, kalau yang melibatkan kanser,jantung,hati,paru2 dll. Sanggupkah anda melayani karenah hospital2 kerajaan? Dah tentu ianya melibatkan kos yang tinggi jua walaupun kerajaan.2) Muda sebelum tua - dah tua2 kalau baru nak masuk, baik masuk awal tuan2/puan2/encik/cik..3) Lapang sebelum sempit - mungkin ada yang kurang sedar bahawa sumbangan Takaful juga adalah bentuk tabungan dan juga pelaburan. Nanti kalau sesak2 bolehlah keluarkan sedikit duit Tabungan itu.4) Kaya sebelum miskin,5) Hidup sebelum mati - kalau kita ada plan Takaful, dah meninggal pun waris kita boleh hidup senang (sekurang2nya mengurangkan/meringankan Masalah), tak menyusahkan saudara mara yang lain. Kalau saudara mara jenis berkira, lagilah jenuh.

Jutaan duit ringgit pun tidak berguna jika kita ditimpa penyakit