Jumaat, 4 November 2011

3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari
api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang
sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jikaTuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..."Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"
Sebarkan pada MUSLIM yang lain..

Selasa, 18 Oktober 2011

* Yuran 'Wakalah' adalah yuran yang dikenakan oleh pengendali Takaful (MTA) sebagai ejen kepada peserta untuk mengendalikan segala urusan berkaitan perniagaan Takaful** PIA(Participant Investment Account) ataupun dalam Bahasa Malaysia ialah 'Akaun Pelaburan Peserta' yang mana merupakan dana simpanan dan pelaburan peserta. Ini adalah jumlah yang ingin anda ketahui setelah polisi Takaful anda matang pada tempoh tertentu.

KAD PERUBATAN DAN PLAN SIMPANAN

1) Kad Perubatan Takaful (Takaful Medical Card) Kad perubatan telahpun menjadi sesuatu perkara wajib bagi penduduk-penduduk negara maju kerana kos perubatan yang tinggi dinegara mereka seperti Singapura, Amerika dan juga Jepun. Akan tetapi selaras dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan di Malaysia dengan tumbuhnya hospital pakar swasta berkelas dunia seperti Klinik Pakar Johor(KPJ Healthcare), Pantai Medical, Sime Darby Medical serta Columbia Asia di negara kita telah menarik minat sebilangan rakyat golongan menengah untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik berbanding hospital kerajaan.

2) Plan Simpanan & Pelaburan (Saving & Investment)Jika dahulu, ramai antara kita tidak tertarik langsung dengan insurans kerana merasakan ianya satu pembaziran kerana wang premium yang dibayar akan lesap begitu sahaja jika tiada apa-apa musibah yang melanda. Akan tetapi sekarang ini pihak syarikat insurans juga menawarkan plan Takaful sebagai suatu jenis produk simpanan dan juga pelaburan. Pihak syarikat cuma akan mengenakan fee sehingga tahun ke-6 sahaja dan sumbangan peserta bermula dari tahun ke-7 adalah 100% akan masuk ke dalam Akaun Peserta(AP) sedangkan perlindungan kepada peserta masih berterusan. Jadi ianya seperti anda menyimpan setiap bulan duit ke dalam akaun bank akan tetapi pada masa yang sama anda memiliki perlindungan jika sesuatu terjadi kepada anda, bukankah ianya sesuatu yang menguntungkan? Kita tidak lagi perlu risau apa yang akan terjadi kepada waris(isteri/suami/anak-anak) seandainya sesuatu menimpa kita. Tidak perlulah mereka meminta-minta daripada sanak saudara.

Kenapa Takaful

Tujuan mempunyai Takaful Keluarga adalah untuk memastikan orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap diri anda. Oleh itu, anda seharusnya memastikan mereka yang tersayang memperolehi DANA tersebut dengan cepat. Sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagih dengan cepat tanpa perlu mendapatkan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Janganlah beranggapan bahawa jika anda telah tiada didunia ini maka tanggungjawab anda telahpun selesai. Bagaimana pula dengan waris2 anda yang masih hidup di dunia ini? Bagaimana pula jika anda mengalami keilatan kekal dan tidak mampu untuk bekerja dan bergerak? Bagaimana jika keluarga anda menyisihkan anda? Renung2kanlah. Jangan berganggapan ianya tidak akan terjadi kepada anda. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:1) Sihat sebelum sakit - kelau kena penyakit kritikal perlu tinggal di wad dan menjalani pelbagai rawatan, nak pergi kerja pun dah tak boleh. Nak dapat sumber pendapatan dari mana? Mungkin ada yang kata tinggal di hospital kerajaan boleh, tiada masalah. Itu mungkin betul untuk penyakit2 ringan, kalau yang melibatkan kanser,jantung,hati,paru2 dll. Sanggupkah anda melayani karenah hospital2 kerajaan? Dah tentu ianya melibatkan kos yang tinggi jua walaupun kerajaan.2) Muda sebelum tua - dah tua2 kalau baru nak masuk, baik masuk awal tuan2/puan2/encik/cik..3) Lapang sebelum sempit - mungkin ada yang kurang sedar bahawa sumbangan Takaful juga adalah bentuk tabungan dan juga pelaburan. Nanti kalau sesak2 bolehlah keluarkan sedikit duit Tabungan itu.4) Kaya sebelum miskin,5) Hidup sebelum mati - kalau kita ada plan Takaful, dah meninggal pun waris kita boleh hidup senang (sekurang2nya mengurangkan/meringankan Masalah), tak menyusahkan saudara mara yang lain. Kalau saudara mara jenis berkira, lagilah jenuh.

Jutaan duit ringgit pun tidak berguna jika kita ditimpa penyakit

Isnin, 19 September 2011

PENGERTIAN TAKAFUL
“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL
Sistem Islam
Sumbangan Tabarru’
Pelaburan Halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada Unsur Riba
Tiada Unsur Maisir
Tiada Unsur Gharar
Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL
Tabarru'
Membuat Kebajikan
Membuat Derma Bersyarat
Mengurnia dengan Redha
Al-Mudharabah
Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan ETB
Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan
Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat



UNSUR FASID DALAM INSURANS

Riba
Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan
Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah
Maisir
Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar
Gharar
Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain


SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL

PENGENALAN
Merupakan ejen yang sah dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984 bagi memasarkan produk Takaful dan berurusniaga dengan Peserta skim bagi Pengendali

PRINSIP AL-WAKALAH
Merupakan pelantikan seseorang melalui akad untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.
Ia menjadi konsep asas dalam kontrak antara Wakil dengan pengendali Takaful. Memberi kebenaran mutlak kepada ETB untuk melantik anda sebagai Wakil bagi menjalankan tugas bagi pihak ETB.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Secara ringkasnya, seorang wakil Takaful Keluarga dilantik dengan tujuan untuk memperoleh dan menyampaikan kepada Syarikat, permohonan untuk Sijil Takaful Keluarga dan melaksanakan lain-lain tugas yang diperlukan oleh Syarikat dan menitikberatkan aspek-aspek berikut:
☺Penuh Percaya
☻Ketelitian dan Kemahiran
☺Kepatuhan
☻Pengendalian Wang Sumbangan
☺Pelaksanaan Tanggungjawab

PERUNDANGAN
SEKSYEN 35
Tiada seorangpun boleh menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia sebagai ejen Takaful bagi seseorang pengendali yang tidak berkelayakan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan yang dipersoalkan di Malaysia; dan seorang yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi DUA PULUH RIBU RINGGIT dengan ditambah EMPAT RIBU RINGGIT atau PENJARA selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
SEKSYEN 35
Mana-mana orang yang:
Mempelawa seorang lain untuk membuat tawaran atau cadangan atau mengambil apa-apa langkah lain dengan tujuan untuk membuat suatu kontrak Takaful dengan seseorang pengendali; dan
Ada kaitan dengan pengendali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan,
Adalah dikehendaki memberi maklumat yang ditetapkan berkenaan dengan kaitannya dengan pengendali kepada orang yang kepadanya pelawaan itu dibuat

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi EMPAT RIBU RINGGIT atau PENJARA selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada pengendali boleh mengambil alih apa-apa risiko berkenaan dengan sesuatu perniagaan am melainkan jika dan sehingga:
(a) caruman yang kena dibayar diterima oleh pengendali atau dijamin akan dibayar oleh mana-mana orang mengikut apa- apa cara dan dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan; atau
(b) Deposit bagi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan adalah dibuat terlebih dahulu mengikut cara yang ditetapkan

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Jika caruman yang kena dibayar menurut subseksyen (1) diterima oleh mana-mana orang, termasuk ejen Takaful atau broker, bagi pihak pengendali penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan yang dibuat oleh pengendali bagi maksud-maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa sumbangan yang kena dibayar itu telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen takaful atau broker yang tidak diberi kuasa untuk menerima caruman itu hendaklah terletak pada pengendali.
Subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai bagi apa-apa jenis perniagaan am Takaful sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Jika mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, menerima bagi pihak pengendali suatu caruman atas sijil takaful dari jenis yang ditetapkan pada masa itu menurut subseksyen (3), orang itu hendaklah mendeposit dengan, atau menghantar secara pos kepada, pengendali caruman yang dipungut sedemikian itu dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan berhubungan dengan sijil-sijil dari jenis itu.

PERUNDANGAN
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 25
Apa-apa pembayaran balik caruman berhubungan dengan sijil takaful dari jenis yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) yang kena dibayar kepada peserta kerana pembatalan sijil atau perubahan di segi terma dan syaratnya atau apa-apa sebab lain hendaklah dibayar oleh pengendali secara langsung kepada peserta dan resit yang sempurna hendaklah diperolehi oleh pengendali dari peserta itu dan pembayaran balik itu tidak boleh sekali-kalinya di bayar atau dikreditkan kepada mana-mana orang lain, termasuk ejen takaful atau broker.

DENDA
Jika sabit kesalahan
boleh dikenakan denda tidak melebihi LIMA RIBU RINGGIT.

34
PERUNDANGAN
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 28
mana-mana orang yang dengan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang dia ketahui adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau merahsiakan secara fraud sesuatu fakta matan, atau dengan cara sembrono membuat (secara fraud atau sebaliknya) sesuatu pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa kontrak Takaful dengan seorang pengendali adalah melakukan suatu kesalahan

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi DUA PULUH RIBU RINGGIT atau PENJARA
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
WAKIL TAKAFUL
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 66
Seseorang yang pada bila-bila masa telah diberi kuasa sebagai ejennya oleh pengendali Takaful dan yang mensolisit atau merundingi suatu kontrak Takaful atas sifat itu hendaklah dalam setiap hal itu disifatkan bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai ejen pengendali itu dan pengetahuan orang itu berhubungan dengan suatu perkara yang relevan dengan penerimaan risiko oleh pengendali hendaklah disifatkan sebagai pengetahuan pengendali.
Sesuatu pernyataan yang dibuat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang itu atas sifatnya sebagai wakil hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai pernyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh pengendali walaupun terdapat pelanggaran terhadap seksyen 28 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini oleh orang itu.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
PERUNDANGAN
SEKSYEN 66
Seksyen ini tidaklah terpakai:

Jika terdapat pakatan atau perbiaraan antara orang itu dan peserta yang dicadangkan dalam pembentukan kontrak itu; atau
Jika orang itu telah terhenti daripada menjadi ejennya dan pengendali telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu atau membawa kepada pengetahuan bakal peserta dan orang awam amnya akan hal mengenai pemberhentian itu.Sungguhpun bidang kuasa ini kelihatan begitu meluas, namun seseorang wakil hanya boleh bertindak mengikut had kuasa yang diberi kepadanya oleh prinsipal yang diwakilinya. Wakil Takaful dilantik hanya untuk tujuan mendapatkan dan memajukan permohonan-permohonan Takaful kepada pengendali Takaful dan melaksanakan lain-lain tugas seperti yang diperlukan oleh syarikat dan tidak lebih daripada itu.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
PERUNDANGAN
SEKSYEN 66
Seorang wakil tidak ada kuasa untuk membuat, mengubah atau mengeluarkan kontrak (sijil) Takaful atau lain-lain kontrak, untuk melanjutkan tempoh untuk membayar premium, untuk membatalkan lucuthak, untuk mendatangkan tanggungan bagi pihak syarikat, untuk menghantar apa jua sijil sehingga sumbangan pertama yang dikenakan telah dibayar dengan penuh, untuk menghantar lain-lain kontrak sehingga semua keperluan untuk pertimbangan telah dijelaskan dengan penuh kecuali dengan kebenaran yang dinyatakan oleh Syarikat.




Ahad, 13 Mac 2011

LATIHAN DAN BIMBINGAN SECARA PERCUMA

Tahukah anda, kami menyediakan latihan setiap minggu secara percuma kepada semua usahawan?
Untuk memastikan setiap usahawan yang kami lantik berjaya. Maka kami sediakan latihan percuma kepada semua usahawan pada setiap minggu seperti jadual dibawah ini.

Jadual Latihan Dan Perjumpaan Mingguan Di Setiap Pejabat Agensi:

1.LOT 88,MPKK,NO 18,TGKT 3 BANGUNAN ETIQA BLOK I,ASIA CITY 88000 KOTA KINABALU,SABAH.

2.PLAZA KEPAYAN,88000 KEPAYAN RIDGE KOTA KINABALU SABAH.

3.WISMA ARJUNA BEAUFORT SABAH.

ISI BORANG

4.BANGUNAN CORNER,DEPAN G-MART,89158 KOTA BELUD SABAH.

Kejayaan harus dikongsi bersama


Kami komited untuk menjadi Agensi Takaful Keluarga yang terbesar dan paling berjaya di SABAH pada tahun 2011/2012. Justeru itu, kami memerlukan individu yang dinamik, muda dan berwawasan untuk menyertai kami sebagai salah seorang dari Usahawan Takaful di SABAH khasnya dan di Malaysia amnya

Sila hubungi Saya Abd Halim Bin Lamsaran (Pengurus Agensi) ditalian Celcom saya 013-8562665 ATAU di talian DIGI saya 0168424865 untuk membuat TEMUJANJI (1 atau 2 atau 3 hari sebelum) .T.kasih atas SOKONGAN Anda sekalian yang mengikuti BLOG ini.SEMOGA ADA KEBERKATAN dalam Perniagaan ini,Amiin,..

Jika anda berminat sila lengkapkan borang permohonan di bawah untuk memudahkan kami membuat temujanji dengan anda.

ISI BORANG

Tahukah anda, mungkin anda yang kami cari?

Kami sedang mencari individu yang dinamik, muda dan bersemangat tinggi yang ingin mengusahakan perniagaan Takaful Keluarga secara sambilan atau sepenuh masa di negeri SABAH (KOTA KINABALU,KOTA BELUD,KOTA MARUDU,KUDAT,BEAUFORT,KENINGAU)

Jika anda…

  • Beragama Islam
  • Memiliki sekurang kurangnya SPM
  • Terbuka lepada Lelaki dan wanita
  • Berusia 23 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan
  • Dan, bersemangat untuk menjadi usahawan takaful keluarga yang berjaya
  • Anda merupakan insan intimewa yang kami cari selama ini

Tahukah anda, Apa tindakkan anda seterusnya?

Jika anda berminat dan sanggup menghadapi cabaran didalam industri Takaful. Anda boleh datang kemana mana pejabat agensi kami yang berdekatan dengan anda dengan membawa:

1. 1 salinan sijil SPM
2. 1 salinan Kad Pengenalan
3. 1 salinan buku atau penyata akaun Maybank, BSN atau BMMB
4. 4 keping gambar bewarna bersaiz KP ( Bertali leher untuk lelaki dan bertudung untuk wanita )


Serta membawa:-

1. RM10.00 untuk setem hasil
2. RM15.00 untuk menjadi ahli Persatuan Takaful malaysia
3. RM20.00 untuk membeli buku Asas Wakil Takaful
4. RM50.00 untuk pendaftaran Peperiksaan Asas Wakil Takaful

Setiap calon wakil takaful keluarga mestilah lulus Peperiksaan Asasa Wakil Takaful keluarga. Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan Peperiksaan Asas Wakil Takaful, sila datang kemana mana pejabat kami.

Alamat Pejabat Agensi kami yang berdekatan dengan anda:-

1.BANGUNAN ETIQA ASIA CITY K.KINABALU

2.PLAZA KEPAYAN,KEPAYAN RIDGE K.KINABALU.

3.WISMA ARJUNA,BEAUFORT,SABAH.

tahukah anda? FORMULA HEBAT Berniaga Takaful

Tahukah anda?

Etiqa Takaful berhad sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi WAKIL TAKAFUL KELUARGA

Tahukah anda, Ganjaran yang ditawarkan kepada anda merupakan antara yang tertinggi di Malaysia?

Ganjaran yang ditawarkan kepada anda

  • Pendapatan yang tidak terhad
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pakej komisen, bonus dan insentif yang menarik
  • Pengiktirafan diatas pencapaian

Jika anda berjaya mendapatkan 10 perniagaan baru pada setiap bulan dan setiap peserta takaful keluarga mencarum RM100.00 sebulan. Maka anda akan menerima komisen seperti berikut:-

Ilustrasi komisen:

Bulan

Kes*

RM/Kes

Sumbangan Terkumpul

X 35%

Kenaikan Komisen

Komisen terkumpul

1

10

100

1000

350

350

350

2

10

100

1000

350

350

700

3

10

100

1000

350

350

1,050

4

10

100

1000

350

350

1,400

5

10

100

1000

350

350

1,750

6

10

100

1000

350

350

2,100

7

10

100

1000

350

350

2,450

8

10

100

1000

350

350

2,800

9

10

100

1000

350

350

3,150

10

10

100

1000

350

350

3,500

11

10

100

1000

350

350

3,850

12

10

100

1000

350

350

4,200

* 1 Pelanggan ditakrifkan sebagai 1 Kes

Selepas 12 bulan anda menjalankan perniagaan takaful keluarga. Anda akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM4,200 setiap bulan.

1 Jualan akan menjana
6 tahun pendapatan bulanan
Dengan 110% keuntungan


tahukah anda? FORMULA HEBAT Berniaga Takaful

INFORMASI ULANGAN/Tahukah anda?

Etiqa Takaful berhad sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi WAKIL TAKAFUL KELUARGA

Tahukah anda, Ganjaran yang ditawarkan kepada anda merupakan antara yang tertinggi di Malaysia?

Ganjaran yang ditawarkan kepada anda

  • Pendapatan yang tidak terhad
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pakej komisen, bonus dan insentif yang menarik
  • Pengiktirafan diatas pencapaian

Jika anda berjaya mendapatkan 10 perniagaan baru pada setiap bulan dan setiap peserta takaful keluarga mencarum RM100.00 sebulan. Maka anda akan menerima komisen seperti berikut:-

Ilustrasi komisen:

Bulan

Kes*

RM/Kes

Sumbangan Terkumpul

X 35%

Kenaikan Komisen

Komisen terkumpul

1

10

100

1000

350

350

350

2

10

100

1000

350

350

700

3

10

100

1000

350

350

1,050

4

10

100

1000

350

350

1,400

5

10

100

1000

350

350

1,750

6

10

100

1000

350

350

2,100

7

10

100

1000

350

350

2,450

8

10

100

1000

350

350

2,800

9

10

100

1000

350

350

3,150

10

10

100

1000

350

350

3,500

11

10

100

1000

350

350

3,850

12

10

100

1000

350

350

4,200

* 1 Pelanggan ditakrifkan sebagai 1 Kes

Selepas 12 bulan anda menjalankan perniagaan takaful keluarga. Anda akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM4,200 setiap bulan.

1 Jualan akan menjana
6 tahun pendapatan bulanan
Dengan 110% keuntungan

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MAJU JAYA,

Renung-renungkan dan Selamat Beramal,....