Khamis, 12 November 2009

UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS

Sebahagian besar ulama' mengatakan kontrak insuran konvensional tidak selaras dengan kehendak hukum syarak kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:-



1. Ketidak pastian (Gharar).
Islam mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian antara kedua pihak mestilah jelas tentang perkara yang diakadkan.
Maksud Gharar mengikut Ibn Rusyd ialah, kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan tentang kewujudan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui.


Gharar terbahagi kepada 3:-


1. Gharar Fahisy (banyak) - boleh membatalkan akad.
Contohnya menjual ikan yang masih berada didalam sungai.


2. Gharar yasir (sedikit) - Tidak memberi kesan terhadap akad.
Contohnya menjual rumah beserta perabot dimana tidak diperincikan perabotnya.


3. Gharar mutawassit (sederhana).
Ialah gharar yang berada diantara gharar Fahisy dan Gharar Yasir.


Para ulama' dengan berasaskan prinsip syariah telah membezakan antara gharar yang membatalkan akad dan gharar yang dimaafkan berdasarkan beberapa kaedah perundangan Islam. Majoriti ulama' meletakkan 3 syarat yang menjadikan sesuatu perkara sebagai gharar yang dimaafkan iaitu:-

1. Gharar tersebut adalah kecil dan sedikit.

2. Urusniaga tersebut diperlukan oleh masyarakat.

3. Gharar tersebut tidak mampu dielakkan melainkan dengan masyaqqah (kesusahan) yang diiktiraf oleh syarak.



Unsur Gharar dalam Kontrak Insurans konvensional.

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans secara Islam di Malaysia, adalah jelas didalam kontrak insuran yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'qud Alaih (barang) tidak jelas. Ianya berkait rapat dengan :-

1. Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.

2. Tidak diketahui kadar bayarannya.

3. Tidak diketahui bila masanya.


Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli.



Dalam kedua-dua keadaan insurans nyawa dan insurans am, pemegang polisi mengikut perjanjian yang ditandatangani bersetuju membayar sejumlah caruman bagi tempoh tertentu dan syarikat pula memberi jaminan akan membayar sejumlah wang pampasan apabila berlaku bencana kepada pemegang polisi. Namun begitu syarikat tidak menjelaskan bagaimana jumlah bayaran pampasan yang dijanjikan itu dihasilkan dan bagaimanakah kerugian dapat dinilai dalam bentuk wang sebelum bencana itu berlaku.

Sekalipun diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa pampasan itu harus dibayar.

Oleh itu unsur ketidakpastian memang terdapat dalam kontrak insurans konvensional.
Pemegang polisi juga tidak akan menerima sebarang pengambilan premium ataupun sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip sama rata, apabia pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insuran sebelum genap tempohnya yang tertentu.


Ringkasnya, kontrak insuran konvensional adalah HARAM kerana wujudnya unsur gharar dan ketidaktentuan perkara yang dikontrakkan itu.

Ditegaskan disini bahawa terdapat kelemahan dan keburukkan dalam sistem insurans konvensional iaitu gharar (ketidakpastian) dan jahalah (kesamaran) serta unsur perjudian atau pergadaian (pertaruhan).




2. Maisir (judi).
Maisir atau judi ialah "mendapat sesuatu dengan cara mudah" atau "mendapat keuntungan tanpa usaha mengerjakannya".


Unsur maisir dalam kontrak insurans konvensional.
Para ulama berpendapat maisir dan gharar adalah saling berkait rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maisir (judi) akan turut serta.
Perjudian terjadi apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui, kemudian pampasan pula diberi oleh syarikat insuran dari sumber yang tidak diketahui dananya.
Syarikat insurans boleh mengalami kerugian atau keuntungan disebabkan tuntutan yang seolah2 bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada nasib ini dianggap seperti judi.

Judi dalam kontrak insuran terjadi bilamana:-
1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila 'the insured event' (peristiwa ingin dilindungi) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Keseluruhan asas kontrak insuran berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya mungkin berlaku atau tidak. Asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan atau judi. Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada bencana yang belum pasti terjadi itu menjadikan kontrak insurans sebagai satu pertaruhan.

3. Riba
Riba bermaksud 'pertambahan' atau ' menambahkan'. Riba yang diamalkan pada zaman jahiliyah adalah dalam bentuk jual beli secara hutang. Apabila sampai tempoh tamat dan pembeli tidak dapat membayar hutangnya, maka penjual akan memanjangkan tempoh dengan ditambah jumlah hutang yang mesti dibayar.
Islam mengharamkan peminjaman wang untuk tujuan mendapat keuntungan demi melindungi kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.

Riba terbahagi kepada:-
a) Riba qurudh - berlaku melalui hutang atau pinjaman.
Ia melibatkan amalan peminjam wang dan mengenakan bunga (faedah). Bentuknya sama seperti yang dijalankan dibank-bank perdagangan dan syarikat2 kewangan konvensional.

b) Riba buyu' - berlaku melalui jual beli barangan ribawi.
Rasullullah s.a.w menjelaskan barangan ribawi adalah emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam. Para ulama meletakkan syarat khusus bagi jual beli barangan ribawi iaitu tukaran mestilah sama timbangan atau sukatan dan dilakukan secara tunai iaitu berlaku serah menyerah dalam majlis akad.

Unsur Riba dalam kontrak insurans.
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (Policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam sesetengah produk insurans hayat. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) dengan kadar yang ditetapkan keatas pemegang polisi yang membuat pinjaman (policy loan - automatik loan). Jelas sekali bahawa bayaran faedah itu merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Premium yang terlewat bayar akan dikenakan bunga (faedah) mengikut kadarnya yang tertentu dan ini nyata melibatkan riba.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada pelaburan yang berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh syarak.

Selasa, 10 November 2009

Medical card eTiQa Takaful

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.

Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta macam kes ibu En Firdaus yang saya share sebelum ni.

Ada sahabat2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, ini saya perkenalkan medic save rider medical card yang dapat membantu anda:
klik la kat gambar2 tu untuk view lebih jelas ok
Berikut saya paparkan benefit yg akan anda dapat sekiranya anda memiliki medical card ni:

dermakan kepada tabung Tabarru' kami lebih kurang RM40-Rm100 sebulan dan anda akan mendapat manfaat seperti di atas. Bukan kah lebih tenang jiwa dan perasaan kite jika kita semua sudah bersedia dengan bantuan perubatan dikala penyakit menimpa?

Ahad, 8 November 2009

Kelab Usahawan Takaful

ASSLAMUALAIKUM :
A) Kelab Usahawan Takaful akan dibuat berdasarkan Strategi2 yang akan dikongsi nanti:

B) ANTARA PENCAPAIAN ADALAH :
-ACHEVERS CLUB RM50000,
-PRODUSERS CLUB RM70000
-PRESIDENT CLUB RM100,000
-MDRT CLUB RM390000

C) SASARAN MARKET : PARA USAHAWAN,SEKTOR AWAM,SEKTOR SWASTA

D) SASARAN USAHAWAN TAKAFUL : AGENT SEPENUH MASA,PARTTIME,GRADUAN BARU,DIPLOMA DAN PERSIJILAN STPM DAN MINIMUM SPM DIALU2KAN MEMOHON JAWATAN (PERUNDING KEWANGAN TAKAFUL Maybank)