Isnin, 19 September 2011

PENGERTIAN TAKAFUL
“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL
Sistem Islam
Sumbangan Tabarru’
Pelaburan Halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada Unsur Riba
Tiada Unsur Maisir
Tiada Unsur Gharar
Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL
Tabarru'
Membuat Kebajikan
Membuat Derma Bersyarat
Mengurnia dengan Redha
Al-Mudharabah
Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan ETB
Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan
Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat



UNSUR FASID DALAM INSURANS

Riba
Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan
Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah
Maisir
Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar
Gharar
Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain


SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL

PENGENALAN
Merupakan ejen yang sah dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984 bagi memasarkan produk Takaful dan berurusniaga dengan Peserta skim bagi Pengendali

PRINSIP AL-WAKALAH
Merupakan pelantikan seseorang melalui akad untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.
Ia menjadi konsep asas dalam kontrak antara Wakil dengan pengendali Takaful. Memberi kebenaran mutlak kepada ETB untuk melantik anda sebagai Wakil bagi menjalankan tugas bagi pihak ETB.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Secara ringkasnya, seorang wakil Takaful Keluarga dilantik dengan tujuan untuk memperoleh dan menyampaikan kepada Syarikat, permohonan untuk Sijil Takaful Keluarga dan melaksanakan lain-lain tugas yang diperlukan oleh Syarikat dan menitikberatkan aspek-aspek berikut:
☺Penuh Percaya
☻Ketelitian dan Kemahiran
☺Kepatuhan
☻Pengendalian Wang Sumbangan
☺Pelaksanaan Tanggungjawab

PERUNDANGAN
SEKSYEN 35
Tiada seorangpun boleh menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia sebagai ejen Takaful bagi seseorang pengendali yang tidak berkelayakan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan yang dipersoalkan di Malaysia; dan seorang yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi DUA PULUH RIBU RINGGIT dengan ditambah EMPAT RIBU RINGGIT atau PENJARA selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
SEKSYEN 35
Mana-mana orang yang:
Mempelawa seorang lain untuk membuat tawaran atau cadangan atau mengambil apa-apa langkah lain dengan tujuan untuk membuat suatu kontrak Takaful dengan seseorang pengendali; dan
Ada kaitan dengan pengendali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan,
Adalah dikehendaki memberi maklumat yang ditetapkan berkenaan dengan kaitannya dengan pengendali kepada orang yang kepadanya pelawaan itu dibuat

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi EMPAT RIBU RINGGIT atau PENJARA selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada pengendali boleh mengambil alih apa-apa risiko berkenaan dengan sesuatu perniagaan am melainkan jika dan sehingga:
(a) caruman yang kena dibayar diterima oleh pengendali atau dijamin akan dibayar oleh mana-mana orang mengikut apa- apa cara dan dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan; atau
(b) Deposit bagi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan adalah dibuat terlebih dahulu mengikut cara yang ditetapkan

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Jika caruman yang kena dibayar menurut subseksyen (1) diterima oleh mana-mana orang, termasuk ejen Takaful atau broker, bagi pihak pengendali penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan yang dibuat oleh pengendali bagi maksud-maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa sumbangan yang kena dibayar itu telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen takaful atau broker yang tidak diberi kuasa untuk menerima caruman itu hendaklah terletak pada pengendali.
Subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai bagi apa-apa jenis perniagaan am Takaful sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

PERUNDANGAN
SEKSYEN 25
Jika mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, menerima bagi pihak pengendali suatu caruman atas sijil takaful dari jenis yang ditetapkan pada masa itu menurut subseksyen (3), orang itu hendaklah mendeposit dengan, atau menghantar secara pos kepada, pengendali caruman yang dipungut sedemikian itu dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan berhubungan dengan sijil-sijil dari jenis itu.

PERUNDANGAN
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 25
Apa-apa pembayaran balik caruman berhubungan dengan sijil takaful dari jenis yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) yang kena dibayar kepada peserta kerana pembatalan sijil atau perubahan di segi terma dan syaratnya atau apa-apa sebab lain hendaklah dibayar oleh pengendali secara langsung kepada peserta dan resit yang sempurna hendaklah diperolehi oleh pengendali dari peserta itu dan pembayaran balik itu tidak boleh sekali-kalinya di bayar atau dikreditkan kepada mana-mana orang lain, termasuk ejen takaful atau broker.

DENDA
Jika sabit kesalahan
boleh dikenakan denda tidak melebihi LIMA RIBU RINGGIT.

34
PERUNDANGAN
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 28
mana-mana orang yang dengan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang dia ketahui adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau merahsiakan secara fraud sesuatu fakta matan, atau dengan cara sembrono membuat (secara fraud atau sebaliknya) sesuatu pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa kontrak Takaful dengan seorang pengendali adalah melakukan suatu kesalahan

DENDA
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi DUA PULUH RIBU RINGGIT atau PENJARA
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

PERUNDANGAN
WAKIL TAKAFUL
SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
SEKSYEN 66
Seseorang yang pada bila-bila masa telah diberi kuasa sebagai ejennya oleh pengendali Takaful dan yang mensolisit atau merundingi suatu kontrak Takaful atas sifat itu hendaklah dalam setiap hal itu disifatkan bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai ejen pengendali itu dan pengetahuan orang itu berhubungan dengan suatu perkara yang relevan dengan penerimaan risiko oleh pengendali hendaklah disifatkan sebagai pengetahuan pengendali.
Sesuatu pernyataan yang dibuat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang itu atas sifatnya sebagai wakil hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai pernyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh pengendali walaupun terdapat pelanggaran terhadap seksyen 28 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini oleh orang itu.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
PERUNDANGAN
SEKSYEN 66
Seksyen ini tidaklah terpakai:

Jika terdapat pakatan atau perbiaraan antara orang itu dan peserta yang dicadangkan dalam pembentukan kontrak itu; atau
Jika orang itu telah terhenti daripada menjadi ejennya dan pengendali telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu atau membawa kepada pengetahuan bakal peserta dan orang awam amnya akan hal mengenai pemberhentian itu.Sungguhpun bidang kuasa ini kelihatan begitu meluas, namun seseorang wakil hanya boleh bertindak mengikut had kuasa yang diberi kepadanya oleh prinsipal yang diwakilinya. Wakil Takaful dilantik hanya untuk tujuan mendapatkan dan memajukan permohonan-permohonan Takaful kepada pengendali Takaful dan melaksanakan lain-lain tugas seperti yang diperlukan oleh syarikat dan tidak lebih daripada itu.

SIAPAKAH WAKIL TAKAFUL?
PERUNDANGAN
SEKSYEN 66
Seorang wakil tidak ada kuasa untuk membuat, mengubah atau mengeluarkan kontrak (sijil) Takaful atau lain-lain kontrak, untuk melanjutkan tempoh untuk membayar premium, untuk membatalkan lucuthak, untuk mendatangkan tanggungan bagi pihak syarikat, untuk menghantar apa jua sijil sehingga sumbangan pertama yang dikenakan telah dibayar dengan penuh, untuk menghantar lain-lain kontrak sehingga semua keperluan untuk pertimbangan telah dijelaskan dengan penuh kecuali dengan kebenaran yang dinyatakan oleh Syarikat.