Ahad, 11 Mei 2014

JAWATAN KOSONG - 15 KEKOSONGAN SAHAJA
HUBUNGI SEGERA
013 856 2665 - ABD HALIM LAMSARAN
013 552 5382 - RUBINA ABD RAHMAN

Golongan manakah anda?

Dalam mengingati kematian, Al-Ghazali membahagikan manusia kepada 3 tingkatan iaitu ;

i. Al Munhamik

Orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal unutk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.

ii. At Taib

Orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah, Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan bekalan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah

iii. Al 'Arif

Orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan unutk menghadapi kematian.