Selasa, 18 Oktober 2011

Kenapa Takaful

Tujuan mempunyai Takaful Keluarga adalah untuk memastikan orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap diri anda. Oleh itu, anda seharusnya memastikan mereka yang tersayang memperolehi DANA tersebut dengan cepat. Sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagih dengan cepat tanpa perlu mendapatkan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Janganlah beranggapan bahawa jika anda telah tiada didunia ini maka tanggungjawab anda telahpun selesai. Bagaimana pula dengan waris2 anda yang masih hidup di dunia ini? Bagaimana pula jika anda mengalami keilatan kekal dan tidak mampu untuk bekerja dan bergerak? Bagaimana jika keluarga anda menyisihkan anda? Renung2kanlah. Jangan berganggapan ianya tidak akan terjadi kepada anda. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:1) Sihat sebelum sakit - kelau kena penyakit kritikal perlu tinggal di wad dan menjalani pelbagai rawatan, nak pergi kerja pun dah tak boleh. Nak dapat sumber pendapatan dari mana? Mungkin ada yang kata tinggal di hospital kerajaan boleh, tiada masalah. Itu mungkin betul untuk penyakit2 ringan, kalau yang melibatkan kanser,jantung,hati,paru2 dll. Sanggupkah anda melayani karenah hospital2 kerajaan? Dah tentu ianya melibatkan kos yang tinggi jua walaupun kerajaan.2) Muda sebelum tua - dah tua2 kalau baru nak masuk, baik masuk awal tuan2/puan2/encik/cik..3) Lapang sebelum sempit - mungkin ada yang kurang sedar bahawa sumbangan Takaful juga adalah bentuk tabungan dan juga pelaburan. Nanti kalau sesak2 bolehlah keluarkan sedikit duit Tabungan itu.4) Kaya sebelum miskin,5) Hidup sebelum mati - kalau kita ada plan Takaful, dah meninggal pun waris kita boleh hidup senang (sekurang2nya mengurangkan/meringankan Masalah), tak menyusahkan saudara mara yang lain. Kalau saudara mara jenis berkira, lagilah jenuh.

Jutaan duit ringgit pun tidak berguna jika kita ditimpa penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan