Selasa, 18 Oktober 2011

KAD PERUBATAN DAN PLAN SIMPANAN

1) Kad Perubatan Takaful (Takaful Medical Card) Kad perubatan telahpun menjadi sesuatu perkara wajib bagi penduduk-penduduk negara maju kerana kos perubatan yang tinggi dinegara mereka seperti Singapura, Amerika dan juga Jepun. Akan tetapi selaras dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan di Malaysia dengan tumbuhnya hospital pakar swasta berkelas dunia seperti Klinik Pakar Johor(KPJ Healthcare), Pantai Medical, Sime Darby Medical serta Columbia Asia di negara kita telah menarik minat sebilangan rakyat golongan menengah untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik berbanding hospital kerajaan.

2) Plan Simpanan & Pelaburan (Saving & Investment)Jika dahulu, ramai antara kita tidak tertarik langsung dengan insurans kerana merasakan ianya satu pembaziran kerana wang premium yang dibayar akan lesap begitu sahaja jika tiada apa-apa musibah yang melanda. Akan tetapi sekarang ini pihak syarikat insurans juga menawarkan plan Takaful sebagai suatu jenis produk simpanan dan juga pelaburan. Pihak syarikat cuma akan mengenakan fee sehingga tahun ke-6 sahaja dan sumbangan peserta bermula dari tahun ke-7 adalah 100% akan masuk ke dalam Akaun Peserta(AP) sedangkan perlindungan kepada peserta masih berterusan. Jadi ianya seperti anda menyimpan setiap bulan duit ke dalam akaun bank akan tetapi pada masa yang sama anda memiliki perlindungan jika sesuatu terjadi kepada anda, bukankah ianya sesuatu yang menguntungkan? Kita tidak lagi perlu risau apa yang akan terjadi kepada waris(isteri/suami/anak-anak) seandainya sesuatu menimpa kita. Tidak perlulah mereka meminta-minta daripada sanak saudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan