Ahad, 14 Jun 2009

Produk & Perkhidmatan

Mendirikan rumah tangga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan insurans mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.
  • PRIMA
  • MESRA
  • SARJANA


PRIMA

Kami di Etiqa Takaful sentiasa ingin membantu anda mencapai matlamat hidup. Kami mengutamakan keperluan anda dan menyediakan pelan yang sungguh bersesuaian untuk setiap keperluan anda. Kini anda bakal mencapai impian penuh gemilang.


MANFAAT

Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

MESRA

Adakah anda sedang merancang masa depan anda? Kami di Etiqa Takaful sentiasa memahami kehendak anda agar kami dapat membantu anda dengan menyediakan keperluan anda yang anda idamkan.


Ini dengan membanut anda menyimpan serta memberikan anda perlindungan yang anda perlukan agar anda dapat menenteramkan jiwa untuk hidup lebih bahagia.


MANFAAT

Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.SUMBANGANJumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.


SARJANA

Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.


MANFAAT


Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.


Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.


Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.


Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan